Thursday, October 22, 2009

Saman Pemula Md. Radzi Hj Hanafi vs Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


Saman Pemula
Md. Radzi Hj Hanafi vs Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 hb. Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan MENOLAK DENGAN KOS YANG DITAKSIRKAN ATAU YANG DIPERSETUJUI terhadap saman pemula oleh Md Radzi Haji Hanafi yang menuntut semula jawatan Presiden / Guru Utama yang dilucutkan pada tahun 2007.

Keputusan mahkamah tersebut telah MEMBUKTIKAN bahawa segala tindakan yang diambil oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) dan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi menggugurkan jawatan Guru Utama serta memecat keahlian beliau di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia adalah betul dan mengikut peraturan yang diperuntukan di dalam perlembagaan persatuan. Beliau digugurkan dari jawatan Guru Utama dan dipecat keahlian kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Kehakiman Dalaman atas salah laku moral iaitu mencabul kehormatan wanita.

Dengan itu juga Md Radzi Hj Hanafi tidak boleh mengaku sebagai Presiden ataupun Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia / Silat Cekak Hanafi atau mewakili persatuan ini dalam apa juga perkara yang berkaitan dengan Silat Cekak Hanafi.

Harap maklum.
MUHAMMAD NAIM HJ NAWI
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Friday, August 14, 2009

Pemberitahuan MMK bil 2-09/12

Pemberitahuan MMK bil 2-09/12

25 Jun 2009

Ahli-ahli

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Assalamu Alaikum wbt.

MAKLUMAN KEDUDUKAN SEMASA PERSATUAN

1- Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia bagi Sesi 2009/2012 telah dibentuk sepenuhnya seperti senarai berikut:

Penaung

YM Encik Marwi@Marui Latif

Presiden

Tn Hj Md Nasir Md Arshad

Naib Presiden

Tn HJ Amrahi Hj Buang

Encik Ramlee Abdul Rahman

Setiausaha Agong

Encik Muhamad Naim Hj Nawi

Pen. Setiausaha Agong

Cik Fazidah bte Hj Ahmad Puat

Encik Shafri Shafie

Bendahari Agong

Encik Ikmal Rashmy Ismail

Pen. Bendahari Agong

Encik Hanafi b. Masman

Encik Norazmali Sham b. Abu Hassan

Ketua Perhubungan & Seranta

Encik Mohd Rais b. Abu Noh

Pen. Ketua Perhubungan & Seranta

Encik Azwan Yunos bin Omar

Ahli Majlis

Encik Kamaruzaman Hj Ahmad

Tn Hj Che Yusof Che Mat

Encik Azmi b. Ibrahim

Encik Radzif Hj Muhammad

Encik Ramli b Rawi

Encik Ahmad Shamsuri b. Mohamad

Cik Rafizah bte Rahamad

Encik Mohd Nazrul Hisham Bin Daud

Encik Zulfadli Aizat Bin Mustafa

Encik Norazali Bin Razali

2. Di samping itu, sebanyak dua belas (12) Jawatankuasa Tetap MMK (JKT) telah ditubuhkan dan Pengerusi JKT juga telah dilantik seperti senarai berikut:

2.1 JKT Institusi Pengajian Tinggi : Tn Hj Amrahi Hj Buang
2.2 JKT Penajaan & Kewangan : Encik Ikmal Rashmy Ismail
2.3 JKT Sekolah Lembah Kelang : Encik Mohd Nazrul Hisham Daud
2.4 JKT Kostum & Cenderahati : Encik Kamaruzaman Hj Ahmad
2.5 JKT Warga Utama : Encik Radzif Hj Muhammad
2.6 JKT ASH / Keahlian : Encik Ramlee Abdul Rahman
2.7 JKT Ibu Pejabat : Encik Ramli b Rawi
2.8 JKT Infrasturuktur IT : Encik Azwan Yunos b Omar
2.9 JKT Keagamaan & Kebajikan : Encik Ahmad Shamsuri b Mohamad
2.10 JKT Sukan & Rekreasi : Encik Kamaruzaman Hj Ahmad
2.11 JKT Warga Muda : Encik Norazali b Razali
2.12 JKT Serikandi : Cik Nur Rafizah bte Rahamad

3- Sukacita juga dimaklumkan bahawa laporan Mesyuarat Agong Kali Ke 10 dan senarai Ahli MMK sesi 2009/2012 telah dihantar dan diterima oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

4- Juga dimaklumkan di sini bahawa berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), mereka TIDAK PERNAH memperakui ataupun memberikan sebarang pengesahan kepada mana-mana pihak berkaitan jawatankuasa persatuan sepertimana yang dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu. Menurut ROS, berdasarkan peraturan yang ada, mereka akan mengeluarkan Notis Pertikaian 16 (1) jika ada pertikaian jawatankuasa di dalam sesuatu persatuan. Namun begitu, bagi kes PSSCUHM, oleh kerana persatuan ini sedang menghadapi kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, maka notis tersebut tidak dikeluarkan. Sebaliknya pihak ROS akan menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum membuat sebarang tindakan susulan.